Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Gambar Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN , 26 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima mengadap Presiden Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM), Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Dr. Mohd Yusof Noor yang dalam rangka lawatan ke negara ini, di Istana Nurul Iman.

Turut mengadap ialah Pemangku Daftar (Pengarah Dana, Aset dan Wakaf) Universiti Islam Malaysia, Yang Berbahagia Dato Haji Othman bin Desa dan Dekan Bahagian Akademik dan Perhubungan Antarabangsa UIM, Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.

Turut hadir di majlis mengadap ialah Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

pg01_150527_a

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor.

pg03_150527_d

ARTIKEL YANG SAMA