Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Gambar Infofoto

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap rombongan kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, di Istana Nurul Iman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi,; dan Ketua Hakim Syar’ie, Negeri Selangor, Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, berada di negara ini bagi lawatan rasmi selama dua hari.

Hadir di majlis mengadap tersebut ialah Pembantu EXCO, Pejabat EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Razaly bin Hassan, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haji Haris bin Kasim.

pg01_150603_a

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Pemangku Ketua Hakim Syar’ie, Yang Arif /Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Salim bin Haji Besar; Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yussof.

ARTIKEL YANG SAMA