Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Javad Zarif yang sedang berada di negara ini bagi rangka lawatan kerja.

Majlis mengadap tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Semasa majlis mengadap tersebut, Baginda Sultan dan TYT Dr Mohammad Javad Zarif telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Iran, serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada majlis itu ialah Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abdolhamid Fekri.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

pg01_160310_a

Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Datin Hajah Rafiah.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Datin Hajah Rafiah.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Puan Ashraf Imaniye kelmarin.
Baginda Raja Isteri semasa berkenan menerima mengadap Puan Ashraf Imaniye kelmarin.

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap Puan Ashraf Imaniye, isteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran.

Turut hadir ialah Puan Fatemah Fekri, isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir ialah Datin Paduka Tan Bee Yong, isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua).

Baginda Raja Isteri seterusnya juga berkenan menerima mengadap Datin Hajah Rafiah binti Mohd Arif, isteri Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA