Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Jose Rene D. Almendras, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini.

Semasa majlis mengadap tersebut, Baginda Sultan dan Tuan Yang Terutama telah berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Brunei Darussalam dan Republik Filipina serta bertukar-tukar pandangan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Mengiringi beliau pada majlis mengadap itu ialah Duta Besar Republik Filipina ke Brunei Darussalam, Meynardo Montealegre.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina di Istana Nurul Iman kelmarin.
Baginda Sultan semasa berkenan menerima mengadap Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina di Istana Nurul Iman kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA