Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Baginda Sultan berkenan terima mengadap

Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap menteri-menteri dari enam buah negara yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik ke-2, di sini.

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Berangkat sama pada majlis itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi semasa majlis menerima mengadap menteri-menteri dari enam buah negara yang berada di negara ini.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi semasa majlis menerima mengadap menteri-menteri dari enam buah negara yang berada di negara ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai selepas menerima mengadap menteri-menteri dari enam buah negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Hutan Hujan Asia Pasifik ke-2, di Brunei. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. – Gambar Muiz Matdani

Menteri-menteri yang berkenaan ialah Menteri Alam Sekitar Australia, Josh Frydenberg; Menteri Perikanan dan Perhutanan Fiji, Osea Naiqamu; Menteri Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar; Menteri Pemulihan Alam Sekitar dan Perhutanan Myanmar, Ohn Win; Menteri Perniagaan, Industri dan Alam Sekitar Timor-Leste, Constancio da Conceicao Pinto; Menteri Pertanian, Ternakan, Perhutanan, Perikanan dan Biosekuriti Vanuatu, Matai Seremaiah; dan Menteri Perubahan Iklim Vanuatu, Ham Lini Vanuaroroa.

Turut hadir pada majlis di Istana Nurul Iman itu ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

ARTIKEL YANG SAMA