Baginda Sultan berkenan terima mengadap Qari dan Qariah Negara

Baginda Sultan berkenan terima mengadap Qari dan Qariah Negara

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Qari dan Qariah Negara, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Siti Huzaimah Yadey binti Haji Rosli, yang masing-masing berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-58 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hadir pada majlis mengadap di Istana Nurul Iman tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Awangku Muhammad Adibul Amin dan Dayang Siti Huzaimah Yadey.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Awangku Muhammad Adibul Amin dan Dayang Siti Huzaimah Yadey.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A. Rashid; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof; dan Jurulatih Qari dan Qariah Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Haji Yusop bin Bakar dan Hajah Aminah binti Haji Abdul Manaf.

ARTIKEL YANG SAMA