Baginda Sultan hadiri Informal High-Tea bersama PM Singapura

Baginda Sultan hadiri Informal High-Tea bersama PM Singapura

Gambar oleh Infofoto

 

pg01_150605_a

SINGAPURA, 4 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menghadiri Informal High-Tea yang dihoskan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong.

Sejurus keberangkatan tiba di Istana Presiden, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Perdana Menteri Lee. Baginda kemudiannya berkenan beredar bersama-sama dengan Perdana Menteri Republik Singapura itu ke Istana Lounge bagi Informal High-Tea.

Mengiringi keberangkatan Baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA