Baginda Sultan hadiri perbarisan SG50

Baginda Sultan hadiri perbarisan SG50

SINGAPURA, 9 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura Yang Ke-50 yang berlangsung di Padang.

Sebelum acara perbarisan dimulakan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terlebih dahulu berkenan menghadiri Majlis Resepsi yang diadakan di Galeri Nasional Singapura.

Keberangkatan tiba Baginda Sultan di Galeri Nasional Singapura dijunjung oleh Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Kedua, Tuan Yang Terutama Lui Tuck Yew dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Kedua, dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dijunjung ke Galeri 3 dan dialu-alukan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. Baginda seterusnya berkenan menyertai ketua-ketua negara dan kerajaan serta para tetamu khas yang lain bagi Majlis Resepsi. Selepas Majlis Resepsi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar bersama-sama dengan ketua-ketua negara dan kerajaan serta para tetamu khas yang lain ke Grand Stand bagi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan 2015.

Baginda Sultan semasa berkenan berangkat menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura Yang Ke-50 kelmarin. – Infofoto
Baginda Sultan semasa berkenan berangkat menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura Yang Ke-50 kelmarin. – Infofoto

SG50_Care_&_Share

Barisan kereta kebal yang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 di Singapura, kelmarin. – AFP
Barisan kereta kebal yang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 di Singapura, kelmarin. – AFP

Tema acara Perbarisan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah “Majulah Singapura” (Onward Singapore) yang diambil daripada Lagu Kebangsaan Republik Singapura.

Tema tersebut mengajak warga Singapura untuk merenung kembali kemajuan yang telah dicapai sejak 50 tahun kebelakangan dan menantikan dengan pasti masa depan yang cerah bersama sebagai satu negara.

Sekitar suasana Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura yang ke-50 kelmarin. – Gambar-gambar oleh Infofoto
Sekitar suasana Perbarisan Hari Kebangsaan 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Republik Singapura yang ke-50 kelmarin. – Gambar-gambar oleh Infofoto

pg03_150810_d

pg03_150810_e

pg03_150810_f

pg03_150810_g

Seramai lebih 2,000 orang peserta ikut serta dalam Perbarisan tersebut yang turut menampilkan 50 pesawat udara tentera dan 177 buah kereta kebal serta perkakasan keselamatan lain.

Mengiringi keberangkatan Baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA