Baginda Sultan kurnia nama kepada cucunda

Baginda Sultan kurnia nama kepada cucunda

pg01_160310_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ini memaklumkan bahawasanya Baginda Sultan dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda iaitu anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dengan nama Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah binti Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat Baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan meluaran cucunda Baginda itu pada hari Rabu, 22 Jamadilawal 1437H bersamaan 2 Mac 2016M jam 1:09 petang.

ARTIKEL YANG SAMA