Baginda Sultan kurniakan nama cucunda

Baginda Sultan kurniakan nama cucunda

pg01_150622_a

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda iaitu anakanda kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, dengan nama; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

Baginda Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat Baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucapan selamat berikutan dengan meluaran cucunda Baginda pada hari Ahad 20 Syaaban 1436 bersamaan 7 Jun 2015, jam 2.02 pagi. – Infofoto

ARTIKEL YANG SAMA