Baginda Sultan sentiasa prihatin kesejahteraan dan keperluan pelajar

Baginda Sultan sentiasa prihatin kesejahteraan dan keperluan pelajar

Oleh Siti Nur Wasimah S, Syahmi Hassan & Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani,

Siti Nur Wasimah S dan Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah berkenan berangkat melawat ke dua buah sekolah kerajaan dalam menunjukkan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan dan keperluan para pelajar di negara ini khususnya dalam bidang pendidikan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia memulakan lawatan ke Sekolah Menengah Menglait, Jalan Menglait Gadong di mana keberangkatan tiba Baginda telah dijunjung oleh Pengetua sekolah, Awang Mohidin bin Haji Noordin, guru-guru dan kakitangan di sekolah berkenaan.

Baginda seterusnya dijunjung untuk menyaksikan lagi dengan lebih dekat pembelajaran dan kemudahan serta kelas-kelas yang terdapat di bangunan sekolah berkenaan seperti Bilik Kaunseling, Bilik Seni, Perpustakaan, Seksyen Kerjaya, Bilik Sains dan banyak lagi.

Awang Mohidin semasa ditemui menjelaskan, sekolah ini asalnya merupakan bangunan sekolah rendah dan pada tahun 1985, ia dijadikan Sekolah Menengah Menglait yang telah mencecah 30 tahun ulang tahunnya pada tahun lepas. Sekolah ini menyediakan pembelajaran menengah atas dan menengah bawah.

Baginda Sultan ketika berkenan melawat ke Sekolah Rendah Mabohai.
Baginda Sultan ketika berkenan melawat ke Sekolah Rendah Mabohai.

pg12_160205_i pg12_160205_h

pg12_160205_k

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Sekolah Rendah Mabohai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Sekolah Rendah Mabohai.

pg12_160205_e

Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Mabohai.
Baginda Sultan berkenan bergambar ramai bersama guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Mabohai.

Setakat ini, sekolah tersebut telah menampung keramaian pelajar seramai 552 orang dan 87 orang tenaga pelajar yang termasuk lima orang dari luar negara.

Sekolah ini, jelasnya lagi, menjurus kepada pemedulian dalam melahirkan pelajar-pelajar yang efektif dan cemerlang. Di samping itu, mereka juga sangat komited dalam menyediakan ilmu pengetahuan yang berkualiti.

Baginda Sultan kemudian meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Mabohai, Brunei 1, di mana keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Pengetua sekolah, Dayang Salinawati binti Mohd Zainal.

Dalam lawatan itu, Baginda Sultan berkenan menyaksikan dan melawat kemudahan-kemudahan yang ada di sana seperti Bilik Kaunseling, Bilik Persidangan, Bilik Komputer, Bilik Sumber, Makmal Sains, Dewan, Perpustakaan dan banyak lagi.

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1977 dan telah mula digunakan pada tahun 1978, dengan visi ‘Sekolah Berkesan, Pendidikan Berkualiti dan Cemerlang’. Manakala itu, motonya pula adalah untuk memberikan pendidikan berkualiti melalui pengurusan, pengajaran dan pemebelajaran berkesan kepada semua murid.

Sekolah Rendah Mabohai juga telah melalui proses penambahbaikan yang bermula pada Januari 2006 sehingga November 2008.

Antara penambahbaikan yang dibuat ialah pembinaan satu blok bangunan dua tingkat untuk perpustakaan dan bilik pra, dua blok bangunan tiga tingkat untuk pentadbiran, bilik guru dan bilik-bilik darjah, bangunan untuk dewan, berwuduk dan satu kompleks sukan.

Kini, sekolah berkenaan mempunyai seramai 248 orang pelajar dan 31 orang tenaga pengajar.

Sekolah ini bermatlamat untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran bersistematik dan berkesan serta meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.

Di samping itu juga, untuk meningkatkan kemahiran profesional dan meningkatkan keberkesanan kegiatan ko-kurikulum.

ARTIKEL YANG SAMA