Baginda Sultan serikan majlis perkahwinan

Baginda Sultan serikan majlis perkahwinan

Oleh Hakim Hayat

Gambar Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan bagi pasangan Dayang Luklu’iiyah binti Abdullah dan Haji Irman Suhardi bin Haji Mashud yang berlangsung di Taman Seri Alam, Beribi.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri semasa berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan di Taman Seri Alam, Beribi, kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri semasa berkenan berangkat ke Majlis Perkahwinan di Taman Seri Alam, Beribi, kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke majlis perkahwinan kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan berangkat ke majlis perkahwinan kelmarin.
Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada Dayang Luklu’iiyah.
Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada Dayang Luklu’iiyah.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain di majlis perkahwinan di Taman Seri Alam, Beribi, kelmarin.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain di majlis perkahwinan di Taman Seri Alam, Beribi, kelmarin.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta kerabat diraja yang lain.
DYTM Pengiran Muda Mahkota dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta kerabat diraja yang lain.
Majlis Perkahwinan bagi pasangan Dayang Luklu’iiyah dan Haji Irman Suhardi yang berlangsung di Taman Seri Alam, Beribi.
Majlis Perkahwinan bagi pasangan Dayang Luklu’iiyah dan Haji Irman Suhardi yang berlangsung di Taman Seri Alam, Beribi.

Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah, Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar serta kerabat diraja yang lain.

Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai.

Juga berkenan menerima junjung ziarah ialah Duli Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Pasangan tersebut disatukan dalam majlis Akad Nikah yang diadakan pada Jumaat lalu.

ARTIKEL YANG SAMA