Baginda Sultan terima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

Baginda Sultan terima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak bin Ag Salleh yang akan menamatkan perkhidmatan. Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Watikah Pelantikan Kehadapan Majlis Kebawah Duli pada 2 Oktober 2013.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia berkongsi kerjasama dua hala yang luas dalam bidang perdagangan, pelaburan, kesihatan, pendidikan, pertahanan dan pelancongan sejak kedua-duanya menjalin hubungan diplomatik. Hubungan dua hala Negara Brunei Darussalam dan Malaysia merupakan satu hubungan istimewa yang dimanifestasikan oleh ikatan sejarah dan tradisi yang telah lama terjalin di antara kedua-dua negara.

Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak di Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Datuk Ag Sahak di Istana Nurul Iman.

ARTIKEL YANG SAMA