Baginda Sultan utus tahniah kepada David Cameron

Baginda Sultan utus tahniah kepada David Cameron

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Britain, Tuan Yang Terutama David Cameron berikutan kemenangan Parti Konservatif dalam pilihan raya umum Britain dan pelantikannya semula sebagai Perdana Menteri.

Dalam perutusan tersebut, Baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam dan Britain terus menikmati persahabatan erat yang sudah lama terjalin dengan kerjasama dua hala yang kukuh.

Baginda seterusnya berharap semoga dapat meningkatkan lagi pertalian yang amat bernilai dengan Tuan Yang Terutama serta kerjasama serantau dan antarabangsa, di antara kedua-dua buah negara.

Baginda berharap semoga Tuan Yang Terutama akan beroleh kejayaan besar dalam semua kerjanya pada masa depan dan mengakhiri perutusan Baginda dengan menyampaikan salam muhibah semoga Tuan Yang Terutama akan terus berada dalam keadaan sihat wal’afiat serta kebahagiaan.

ARTIKEL YANG SAMA