Baginda Sultan utus tahniah kepada Indonesia

Baginda Sultan utus tahniah kepada Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-71 Tahun negara itu.

Dalam perutusan tersebut, Baginda menzahirkan rasa amat gembira dengan hubungan silaturahim dan persahabatan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia. Baginda berpuas hati dengan kesepakatan yang telah dicapai dan yakin hubungan mesra ini akan terus berkekalan dan akan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang, khususnya di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Dato Laila Utama Joko Widodo dan Datin Ibu Hajah Iriana serta kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia akan sentiasa dalam perlindungan-Nya jua.

ARTIKEL YANG SAMA