Baginda Sultan utus tahniah kepada Jordan

Baginda Sultan utus tahniah kepada Jordan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II dan kerabat diraja serta kerajaan dan rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara itu.

Dalam titah perutusan tahniah tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sangat menghargai hubungan persaudaraan yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan berharap akan berpeluang untuk memperkukuhkan lagi hubungan tersebut di masa-masa akan datang.

Pada mengakhiri titah perutusan itu, Baginda Sultan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Raja Abdullah II dan kerabat diraja sentiasa berada dalam kesihatan dan kegembiraan dan rakyat Jordan sentiasa menikmati kesejahteraan serta beroleh kemakmuran yang berpanjangan.

ARTIKEL YANG SAMA