Baginda Sultan utus tahniah kepada Myanmar

Baginda Sultan utus tahniah kepada Myanmar

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Thein Sein dan kerajaan serta rakyat Myanmar bersempena dengan Hari Kemerdekaan Republik Kesatuan Myanmar ke-68 tahun.

Dalam titah perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan penghargaan di atas persahabatan dan kerjasama yang sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara.

Baginda seterusnya amat menghargai sumbangan peribadi Tuan Yang Terutama dalam mengukuhkan hubungan yang bernilai dalam beberapa tahun ini, bukan sahaja sebagai rakan kongsi dua hala tetapi juga diperingkat serantau melalui kerjasama dalam ASEAN.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda menyampaikan salam muhibah dan kesejahteraan kepada Presiden U Thein Sein serta selamat menyambut hari perayaan tersebut dengan penuh kegembiraan dan keamanan yang berterusan bagi Republik Kesatuan Myanmar serta rakyatnya.

ARTIKEL YANG SAMA