Baginda Sultan utus tahniah kepada Obama

Baginda Sultan utus tahniah kepada Obama

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Barack Obama serta kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat (AS) bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan AS.

Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa gembira dapat bekerja rapat dengan Presiden Obama bagi meningkatkan hubungan sama ada di peringkat dua hala mahupun antarabangsa dalam beberapa tahun ini.

Baginda juga menghargai usaha peribadi Presiden AS itu dalam mengukuhkan persahabatan dan kerjasama dalam beberapa bidang melalui penglibatan beliau di rantau ini, terutama sekali dalam ASEAN.

Baginda mengakhiri perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Obama dan keluarga dan semoga mereka akan bergembira menyambut perayaan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA