Baginda Sultan utus tahniah kepada Rusia, Filipina

Baginda Sultan utus tahniah kepada Rusia, Filipina

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Persekutuan Rusia, Vladimir Putin serta kerajaan dan rakyat negara itu sempena Hari Kebangsaan Persekutuan Rusia.

Baginda juga berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Benigno C. Aquino III serta kerajaan dan rakyat Filipina sempena Ulang Tahun ke-118 Hari Kemerdekaan Republik Filipina.

Dalam titah perutusan kepada Presiden Putin, Baginda amat menghargai persahabatan yang erat dan kerjasama yang sangat bernilai yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan seterusnya berharap akan berpeluang bagi meningkatkan persahabatan yang mustahak ini di masa-masa akan datang.

Bagi mengakhiri ucapan tahniah tersebut, Baginda menyampaikan salam muhibah kepada Presiden Putin.

Sementara itu, dalam titah perutusan kepada presiden Benigno C. Aquino III pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menghargai sumbangan peribadi Presiden Filipina itu dalam mengukuhkan persahabatan dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

Pada mengakhiri titah perutusan itu, Baginda menyampaikan salam muhibah dan kegembiraan menyambut perayaan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA