Baginda Sulta...

Baginda Sultan utus tahniah kepada Sultan Oman

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Sultan Oman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos bin Said Al-Said, dan kerajaan serta rakyat Kesultanan Oman bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda dan Hari Kebangsaan kesultanan berkenaan.

Dalam perutusan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan penghargaan atas hubungan persaudaraan erat yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat, serta melahirkan harapan agar kedua-dua buah negara dan rakyat akan berpeluang untuk bekerja lebih rapat lagi pada tahun-tahun akan datang.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Baginda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Qaboos akan sentiasa dalam keadaan sihat wal’afiat dan sejahtera, serta rakyat Kesultanan Oman akan sentiasa menikmati kemajuan dan kesejahteraan.

ARTIKEL YANG SAMA