Baginda Sultan utus takziah

Baginda Sultan utus takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte berikutan serangan bom di Davao City.

Dalam titah perutusan takziah tersebut, Baginda Sultan berasa terkejut mengetahui berita tentang kejadian letupan bom di Davao City yang telah mengorbankan banyak jiwa.

Negara Brunei Darussalam berdiri teguh bersama Filipina dan mengutuk tindakan pengganas itu.

Baginda Sultan berserta dengan kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Rodrigo, kerajaan dan rakyat Filipina terutama sekali kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam tragedi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA