Baginda Sultan utus takziah

Baginda Sultan utus takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Joko Widodo berikutan dengan insiden nahas kapal terbang yang terhempas di Medan, kelmarin yang mengorbankan lebih 140 nyawa. Dalam perutusan itu, Baginda turut berdukacita mendengar berita mengenai nahas tersebut dan Baginda berserta kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan rakyat Republik Indonesia, terutama sekali kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam ahas tersebut.

Baginda seterusnya berharap agar keluarga-keluarga mangsa akan terus tabah dan bersabar dalam menghadapi musibah ini di dalam bulan Ramadan yang penuh berkat dan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala melimpahkan rahmatNya ke atas roh mangsa-mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA