Baginda Sultan utus takziah

Baginda Sultan utus takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri United Kingdom, Tuan Yang Terutama David Cameron berikutan dengan serangan pengganas yang mengorbankan nyawa beberapa orang rakyat British baru-baru ini.

Di dalam perutusan tersebut, Baginda menzahirkan perasaan yang amat sedih apabila mengetahui mengenai kehilangan jiwa yang disebabkan oleh serangan tersebut. Baginda seterusnya menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan serta rakyat United Kingdom, terutama kepada keluarga-keluarga mangsa yang berkenaan.