Baginda Sultan utus takziah

Baginda Sultan utus takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Perancis, Tuan Yang Terutama Francois Hollande berikutan dengan serangan pengganas di Paris yang mengorbankan 129 jiwa manakala 352 lagi cedera, termasuk 99 daripadanya parah.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan perasaan terkejut dan sedih pada mengetahui tentang kehilangan jiwa dalam serangan berkenaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam bersama-sama dengan negara-negara lain turut mengutuk serangan pengganas yang kejam itu dan berdiri teguh bersama rakyat Perancis dalam masa negara itu berkabung dan bersedih menghadapi tragedi tersebut.

Baginda seterusnya menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada Tuan Yang Terutama, kerajaan dan juga rakyat Perancis, khususnya kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA