Baginda Sultan utus takziah

Baginda Sultan utus takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berikutan dengan gempa bumi di Kumamoto Prefecture.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang kejadian gempa bumi yang telah berlaku di Kumamoto Prefecture menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Bagi mewakili kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan perasaan simpati yang amat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA