Baginda Sultan utus takziah kepada Jerman

Baginda Sultan utus takziah kepada Jerman

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Canselor Jerman, Angela Merkel dan rakyat Jerman berikutan kejadian tembakan di Munich.

Dalam titah perutusan Baginda kepada Merkel, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan rasa terkejut dengan kejadian tembakan yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.

Baginda bagi pihak kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada Merkel dan rakyat Jerman, terutamanya kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA