Baginda Sultan utus takziah kepada Presiden Rusia

Baginda Sultan utus takziah kepada Presiden Rusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar perutusan takziah kepada Presiden Republik Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, berikutan nahas kapal terbang yang berlaku di Rostov-on-Don, baru-baru ini.

Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berasa sedih mengetahui tentang nahas kapal terbang berkenaan. Baginda dan kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada TYT Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Republik Persekutuan Rusia, terutama sekali kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA