Baginda Sultan utus takziah kepada Turki

Baginda Sultan utus takziah kepada Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan berikutan kejadian letupan bom di Ankara, baru-baru ini.

Dalam titah perutusan berkenaan, Baginda terkejut mendengar berita yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan sekali lagi mengulangi bahawa Negara Brunei Darussalam berdiri teguh dengan rakyat Turki dalam mengutuk tindakan kejam pengganas tersebut.

Dalam mengakhiri titah perutusan berkenaan, Baginda Sultan menzahirkan ucapan takziah yang amat mendalam kepada TYT Recep Tayyip Erdogan, kerajaan dan rakyat Turki terutamanya kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA