Baginda Sultan yakin potensi Asia

Baginda Sultan yakin potensi Asia

Gambar oleh Infofoto

 

BANGKOK, Thailand, 10 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tetap yakin akan potensi Asia dan kedudukannya pada abad ke-21 sebagai benua yang aman, stabil, makmur dari segi ekonomi dan moden dari aspek infrastruktur, industri yang berdaya saing dan hubungan perdagangan yang bebas.

Dalam titah Baginda pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) Kedua di Bangkok, Thailand, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga melahirkan harapan untuk melihat Asia berusaha untuk menjadi lebih responsif kepada keperluan rakyat secara politikal dan sosial, melalui urus tadbir yang baik, kesaksamaan sosial dan keadilan, dan meningkatkan kualiti hidup.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah menekankan antara lain kemajuan ACD sejak sidang kemuncak pertama di Kuwait dalam tahun 2012, dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa seperti impak perubahan iklim, meningkatnya situasi pelarian, dan dalam memastikan pembangunan yang mapan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga mengambil maklum akan kedudukan unik ACD dalam menyumbang ke arah usaha global bagi menangani pelbagai isu dan masalah serta berusaha ke arah menjadi komuniti Asia.

Dalam hal ini, Baginda menyatakan pentingnya ACD memberikan penekanan dalam tiga agenda utama iaitu memerangi keganasan dan ekstremisme, menangani perubahan iklim dan meningkatkan kesalinghubungan di Asia.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan mengurniakan titah pada ACD Kedua di Bangkok, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan mengurniakan titah pada ACD Kedua di Bangkok, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi ACD Kedua di Vithes Samosorn Hall.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi ACD Kedua di Vithes Samosorn Hall.
Baginda ketika berkenan dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Perdana Menteri Thailand, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta ketua-ketua delegasi ACD yang lain.
Baginda ketika berkenan dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Perdana Menteri Thailand, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta ketua-ketua delegasi ACD yang lain.

Baginda seterusnya menjelaskan bahawa peningkatan kesalinghubungan terutamanya melalui peningkatan rangkaian dan komunikasi akan menyumbang kepada pembangunan Asia dan akan merealisasikan komuniti Asia.

Dalam mengakhiri titah, Baginda menerima baik hala tujuan ACD melalui Wawasan ACD bagi Kerjasama Asia 2030 dan Deklarasi Bangkok yang akan disahkan; serta ‘ACD Statement on Reigniting Growth through Partnerships for Connectivity’.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dialu-alukan oleh Perdana Menteri Thailand Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi ACD Kedua di Vithes Samosorn Hall, Bangkok.

Baginda seterusnya dijunjung menyertai sesi bergambar ramai bersama Perdana Menteri Thailand, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta ketua-ketua delegasi ACD yang lain.

Majlis Perasmian ACD kali ini dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Perdana Menteri Thailand bagi mengalu-alukan kehadiran ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta ketua-ketua delegasi ACD yang kemudian diikuti dengan ucapan Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jabar Al-Sabah dan daripada ketua delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE).

ARTIKEL YANG SAMA