Bahagian Kenaziran kunjungi 3 buah sekolah pedalaman

Bahagian Kenaziran kunjungi 3 buah sekolah pedalaman

TUTONG, 4 Nov – Rombongan pegawai dari Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Tutong telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Binutan, Sekolah Rendah Panchong dan Sekolah Ugama Panchong, baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan bagi meninjau perjalanan pengurusan ketua-ketua guru agama (IRK) dan perkembangan pengajaran serta pembelajaran guru-guru IRK yang ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan.

Selain itu, ia juga adalah untuk berbincang dan berkongsi sama dengan guru-guru IRK dari sudut pengajaran dan pengurusan.

Pada lawatan tersebut, Ketua Bahagian Kenaziran JPI, Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily turut menyampaikan sumbangan berupa alat tulis daripada pegawai kenaziran daerah tersebut.

Rombongan pegawai dari Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Tutong semasa mengadakan lawatan kerja ke tiga buah sekolah pedalaman di Daerah Tutong.
Rombongan pegawai dari Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Tutong semasa mengadakan lawatan kerja ke tiga buah sekolah pedalaman di Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA