Bahagian Mekanikal JKR menang 4-2

Bahagian Mekanikal JKR menang 4-2

Oleh Hasrulraizan

 

BAHAGIAN Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) terus giat mengadakan perlawanan persahabatan dalam persiapannya menghadapi Kejohanan Antara Bahagian dalam JKR di masa akan datang.Terbaru, mereka telah berlawan dengan pasukan bola sepak Keluarga Mohammad (terdiri daripada ahli keluarga rakan sekerja mereka) di padang bola sepak JKR Sinarubai. Dalam perlawanan yang turut bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan itu telah dimenangi oleh Bahagian Mekanikal JKR dengan jaringan 4-2. Gambar menunjukkan pemain kedua-dua pasukan bergambar ramai.

pg23_151104_c