Bahagian Pasport beroperasi pada Jumaat

Bahagian Pasport beroperasi pada Jumaat

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu perkhidmatan Bahagian Pasport di Ibu Pejabat JIPK, di sini, dan Pejabat cawangan Daerah Belait, akan ditambah setiap hari Jumaat dari pukul 8.15 pagi hingga 11 pagi bermula 26 Jun hingga 10 Julai.

Sehubungan itu, JIPK dalam kenyataannya, hari ini, menasihatkan orang ramai yang membuat perjalanan ke luar negara terutama semasa musim cuti persekolahan yang melintasi pos-pos kawalan imigresen melalui jalan darat akan dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelak perjalanan mereka terperangkap dalam deretan kenderaan panjang.

Waktu operasi bagi pos kawalan melalui darat seperti Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah Daerah Brunei dan Muara, Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh Daerah Belait, Pos Kawalan Imigresen Labu dan Kompleks Pemeriksaan Imigresen Ujung Jalan, Daerah Temburong akan bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Orang ramai yang berhasrat ke luar negara dinasihatkan merancang dengan bijak dan lebih awal dalam membuat permohonan pasport bagi mengelakkan sebarang kesulitan di bahagian dokumen perjalanan, terutamanya pada musim cuti penggal persekolahan.

Jabatan berkenaan jua mengingatkan orang ramai supaya dapat memastikan kondisi dokumen perjalanan mereka dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan.

ARTIKEL YANG SAMA