Bahan kimia bocor, 130 masuk hospital

Bahan kimia bocor, 130 masuk hospital

BEIJING, 28 Jun (AFP) – Lebih 130 orang dikejarkan ke hospital selepas kimia bocor dari sebuah kilang di timur China, lapor media kerajaan hari ini, kemalangan terbaru di negara itu yang melibatkan bahan berbahaya.

Campuran diketene, yang digunakan untuk menghasilkan kertas dan farmaseutikal, bocor dari sebuah kilang di wilayah Shandong, lapor agensi berita Xinhua.

Ia memetik para pegawai tempatan yang menyalahkan kecuaian atas kebocoran itu, menambah bahawa seramai 131 penduduk di mukim Shenxian telah dibawa ke hospital sejak Isnin.

Seramai 11 lagi telah dibenarkan pulang sementara yang lain dalam keadaan stabil, menurut Xinhua.

Syarikat Beichen Biotechnology telah diarahkan untuk ditutup, tambahnya.

Ia adalah insiden terbaru yang menunjukkan penyimpanan bahan kimia berbahaya yang tidak ketat di China, sering berdekatan dengan kawasan kediaman orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA