Bahang Piala Dunia 2018

Bahang Piala Dunia 2018

PARIS, 5 Okt – Kelayakan Eropah untuk Piala Dunia 2018 di Rusia disambung semula minggu ini dengan setiap negara bermain dua kali selepas memulakan kempen bulan lepas. AFP Sports menyoroti beberapa peristiwa menarik dalam perlawanan yang begitu meluas.

SOUTHGATE & ENGLAND

England terpaksa melupakan era singkat Sam Allardyce sebagai pengurus sementara Gareth Southgate membawa pasukan untuk dua aksi Kumpulan F menentang pasukan kerdil Malta di Wembley dan di Slovenia.

Allardyce meletak jawatan minggu lalu selepas 67 hari dan pergi dengan persetujuan bersama selepas dirakam memberikan nasihat bagaimana untuk memintas peraturan perpindahan dan mengejek pengurus terdahulu Roy Hodgson.

Perlawanan pertama kendaliannya berakhir dengan kemenangan 1-0 di Slovakia melalui jaringan lewat Adam Lallana. Southgate, jurulatih England Bawah-21, telah memanggil semula pemain Manchester United Marcus Rashford bersama Jesse Lingard dan mengesahkan Wayne Rooney akan terus menjadi kapten dengan alasan beliau pemimpin cemerlang dalam kumpulan.

Southgate (tengah) dan pembantunya Sammy Lee (kanan) bersama Steve Holland semasa sesi latihan pasukan England di St George’s Park, Burton, kelmarin. – AP
Southgate (tengah) dan pembantunya Sammy Lee (kanan) bersama Steve Holland semasa sesi latihan pasukan England di St George’s Park, Burton, kelmarin. – AP

Pertahanan Burnley Michael Keane juga dipanggil untuk menggantikan Glen Johnson dari Stoke City yang diketepikan akibat kecederaan. Berjaya membenam Malta, ranking 176 dunia, belum dapat difikirkan lagi tetapi Slovenia dapat membuktikan mereka lawan yang degil dengan skuad mengandungi penjaga gol Atletico Madrid Jan Oblak.

England memerlukan jaringan lewat Rooney lewat untuk menang dalam kelayakan Euro 2016 di Ljubljana.

LA ROJA BALAS DENDAM

Itali dan Sepanyol bertemu semula dalam pertembungan heavyweight di Turin tiga bulan selepas Azzurri mengetuk juara bertahan itu daripada fasa 16 terakhir Euro 2016 di Stade de France. Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle menjaringkan gol Itali hari itu tetapi banyak telah berubah dalam masa yang singkat.

Sebagai permulaan, kedua-dua pasukan kini mempunyai jurulatih baru dengan Giampiero Ventura menggantikan Antonio Conte yang menyertai Chelsea dan Julen Lopetegui pula mengambil alih daripada Vicente del Bosque.

Pengurus pasukan Sepanyol Julen Lopetegui. – AFP
Pengurus pasukan Sepanyol Julen Lopetegui. – AFP

“Sepanyol tampil dengan pemikiran baru dan akan mencari untuk membalas dendam kekalahan Euro 2016 mereka kepada kami,” kata pertahanan Itali Leonardo Bonucci. “Mereka mempunyai pemain terbaik. Semua yang anda perlukan adalah melihat senarai skuad mereka.

Itali menang 3-1 di Israel pada aksi pembukaan Kumpulan G bulan lepas manakala Sepanyol pula membelasah Liechtenstein 8-0. Selepas permainan Khamis ini, Sepanyol akan melawat Albania pada Ahad manakala Itali pula akan pergi ke Macedonia.

PERANCIS BELUM PANAS

Didier Deschamps Perancis kembali ke Stade de France untuk menentang Bulgaria Jumaat ini untuk perlawanan pertama di sana sejak tewas dalam masa tambahan kepada Portugal pada final Euro 2016. Sejak kekalahan menyeksakan itu, Les Bleus mencatat permulaan palsu dalam kempen kelayakan Piala Dunia apabila seri 0-0 di Belarus.

Pasukan Perancis meraikan jaringan Pogba dalam salah satu aksi peringkat kumpulan semasa kejohanan Euro 2016 yang lalu. – AFP
Pasukan Perancis meraikan jaringan Pogba dalam salah satu aksi peringkat kumpulan semasa kejohanan Euro 2016 yang lalu. – AFP

Mereka boleh menang menentang Bulgaria sebelum menghadapi pesaingan utama Kumpulan A, Belanda di Amsterdam Isnin depan. Bulgaria mempunyai jurulatih baru Petar Hubchev yang beraksi buat kali terakhir di Perancis pada 1993. Pada malam kemenangan 2-1 Bulgaria yang terkenal itu, Perancis kempunan slot Piala Dunia di Amerika Syarikat tahun berikutnya.

“Saya pernah mendengarnya diperkatakan tetapi saya berusia lapan tahun ketika itu. Ia adalah masa yang agak lama dahulu,” kata pertahanan Perancis, Laurent Koscielny. Skuad Perancis tampil dengan dua muka baru yang cukup cergas dari Athletic Bilbao, Aymeric Laporte dan Presnel Kimpembe dari Paris Saint-Germain.

KOSOVO DI LAMAN SENDIRI

Penampilan kompetitif pertama Kosovo bulan lepas berakhir seri 1-1 dengan Finland, di mana Valon Berisha menjaringkan gol sulung Piala Dunia dalam aksi Kumpulan I. Ia adalah keputusan luar biasa memandangkan FIFA hanya memberi kelulusan kepada beberapa pemain untuk mewakili negara Balkan itu pada hari permainan dilangsungkan.

Sekarang pasukan Albert Bunjaki beraksi di laman sendiri menentang Croatia di Shkoder, Albania kerana kemudahan mereka di Pristina belum memenuhi standard FIFA. Dalam kumpulan sukar itu, mereka juga menentangUkraine pada Ahad di Krakow, Poland.

ICELAND TEMU TURKI LAGI

Kembara luar biasa Iceland ke suku akhir Euro 2016 bermula dengan kemenangan 3-0 ke atas Turki di Reykjavik dalam aksi pembukaan kelayakan mereka pada September 2014.

Kini dengan Heimir Hallgrímsson memimpin selepas Lars Lagerback pergi, Iceland akan melayan Turki sekali lagi untuk aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan I. Untuk aksi pembukaan Iceland di Ukraine dan Turki di Croatia, kedua-dua pasukan masing-masing selesai seri 1-1.