Bahang suku akhir Piala Dunia Wanita 2015

Bahang suku akhir Piala Dunia Wanita 2015

VANCOUVER, 26 Jun (AFP) – Piala Dunia Wanita bertambah rancak hujung minggu ini dengan Australia akan berdepan juara semasa Jepun dan tuan rumah Kanada pula menentang England pada peringkat suku akhir.

Ulangan final untuk Piala Asia tahun lepas di Stadium Komanwel Edmonton akan menyaksikan suhu 31 darjah Celsius, dengan haba di permukaan padang sintetik mencecah 50 darjah Celsius.

Kanada akan berhadapan England di Stadium BC Vancouver lewat Sabtu di mana suhu pantai barat juga melambung tinggi.

Tetapi jurulatih Australia Alen Stajcic percaya pasukan mudanya dalam ranking ke-10, boleh menyejukkan semangat Jepun di ranking keempat yang kerap ditentang oleh pasukan Matildas dalam beberapa kejohanan.

“Kami bermain menentang Jepun dua kali dalam Piala Asia dan kami bangkit untuk seri 2-2 dalam perlawanan pertama,” katanya. “Mereka menentang kami pada perlawanan akhir dan mereka berjaya menewaskan kami 1-0.

Women’s World Cup fixtures

“Kami ada satu tugasan besar dalam tangan. Kami menentang satu pasukan yang sangat baik, tetapi kami terbukti sangat berbahaya dalam kejohanan ini dan tidak ada sebab kenapa kami tidak boleh berbahaya lagi menentang Jepun.

“Kami telah berkembang di dalam dan luar padang. Kami akan menjadi halangan baru untuk Jepun. Suasana cukup panas, diramalkan 31 darjah Celcius, yang akan menjadi cabaran untuk kedua-dua pasukan. Saya yakin kami boleh mengalahkan mereka tetapi ia akan menjadi perlawanan yang amat sukar.”

Pemain Jepun Norio Sasaki itu telah memenangi semua permainan mereka setakat ini – satu pencapaian yang tidak dapat ditandingi untuk pasukan yang masih kekal dalam kejohanan setakat ini.

“Kami biasa menentang Australia,” kata Sasaki. “Tetapi Australia sekarang adalah pasukan yang berbeza sama sekali. Mereka bertambah baik dan unggul secara teknikal.”

Dalam perkembangan lain, kapten skuad China Wu Haiyan pula sudah bertekad untuk melakar sejarah dalam kejohanan ini.

Haiyan baru berusia enam tahun apabila ‘The Steel Roses’ bertanding dalam Piala Dunia Wanita pertama mereka.

Pada masa itu, pesaing mereka Amerika Syarikat memenangi penentuan penalti sekali gus mengecewakan warga China di Rose Bowl Pasadena.

Enam belas tahun kemudian, pasukan China yang berwajah baru akan berusaha untuk melupakan kenangan menyakitkan menentang ‘Bintang dan Jalur’ dalam suku di Stadium Lansdowne Ottawa lewat hari ini.

Pemain Jepun menjalani latihan di Edmonton sebagai persediaan untuk menghadapi Australia dalam aksi suku akhir Piala Dunia Wanita 2015. – AFP
Pemain Jepun menjalani latihan di Edmonton sebagai persediaan untuk menghadapi Australia dalam aksi suku akhir Piala Dunia Wanita 2015. – AFP
Pemain Australia Kyah Simon (30) dan Leena Khamis memanaskan badan di Edmonton sebelum menjalani latihan sebagai persediaan untuk menentang Jepun dalam suku akhir Piala Dunia Wanita esok. – AFP
Pemain Australia Kyah Simon (30) dan Leena Khamis memanaskan badan di Edmonton sebelum menjalani latihan sebagai persediaan untuk menentang Jepun dalam suku akhir Piala Dunia Wanita esok. – AFP

“Saya tidak menonton perlawanan pada masa itu. Saya menonton ulang tayang di kemudian hari. Ia adalah masa yang menarik dan bersejarah. Saya berharap kami boleh mencipta sejarah esok,” kata pemain pertahanan berusia 22 tahun itu.

Kejayaan China melangkah ke final diilhamkan rakan sepasukan Wu, Wang Shanshan yang juga banyak bekerja keras sepanjang kejohanan.

“Saya berada di sekolah rendah, tetapi saya masih ingat semasa menonton perlawanan itu. Pada ketika itulah impian saya bermula apabila China beraksi dengan baik sehingga ke final Piala Dunia. Sun Wen merupakan pemain pilihan saya dan heroin saya pada masa itu,” kata pertahanan berusia 25 tahun itu.

Ia juga kali terakhir Amerika Syarikat memenangi gelaran selepas menjulang trofi yang julung kali diadakan pada 1991 di China.

Amerika di ranking kedua berada 14 tangga di atas lawan mereka tetapi Cina mempunyai motivasi tambahan setelah tewas kepada Amerika Syarikat pada Sukan Olimpik 1996.

Jurulatih China Hao Wei, yang kembali semula bersama pasukan selepas dibuang ke tempat duduk penonton semasa menewaskan Cameroon dalam pusingan 16 terakhir mempunyai perkara yang lebih praktikal dalam fikirannya daripada membalas dendam.

“Apa yang lepas adalah masa lalu. Kami tidak sabar-sabar untuk perlawanan esok. Kami telah menyediakan segala-galanya termasuk masa tambahan dan penentuan penalti,” katanya dalam satu sidang akhbar sebelum perlawanan.

“Saya tidak fikir ia adalah dendam atau apa-apa seperti itu. Ia hanya satu perlawanan yang kami perlu dekati dengan minda biasa kami.

ARTIKEL YANG SAMA