Bahasa Cina bantu tingkatkan kredibiliti pelajar Cyprus

Bahasa Cina bantu tingkatkan kredibiliti pelajar Cyprus

NiCOSIA – Penduduk di Cyprus seringkali menyatakan bahawa mereka berasa sangat sukar untuk mempelajari atau memahami Bahasa Cina.

Bagaimanapun, fenomena tersebut setentunya bakal berubah apabila Bahasa Cina bakal diajarkan sebagai mata pelajaran pilihan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Cyprus.

Seminar yang telah diadakan di Universiti Cyprus ini membincangkan mengenai cara dan kepentingan penduduk Cyprus untuk mempelajari Bahasa China sebagai bahasa asing yang rata-rata berjaya menarik minat para guru termasuk guru yang berasal dari China dan bekerja di Cyprus.

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan (IOE), Universiti Kolej London (UCL) dan tutor Bahasa Mandarin di IOE, Xiaoming Zhu turut membincangkan isu mengenai pembelajaran Bahasa Cina di sekolah-sekolah di Cyprus.

Beliau menerangkan mengenai teknik dan langkah yang dapat dilakukan ketika mempelajari Bahasa Cina.

Guru berkemahiran  jelas sangat diperlukan untuk mengajar Bahasa Cina di negara asing seperti Cyprus.
Guru berkemahiran jelas sangat diperlukan untuk mengajar Bahasa Cina di negara asing seperti Cyprus.
Perspektif dan tanggapan ketika mempelajari Bahasa Cina wajar dibezakan daripada bahasa asing agar ia tidak saling mempengaruhi dan memudahkan sesi pembelajarannya.
Perspektif dan tanggapan ketika mempelajari Bahasa Cina wajar dibezakan daripada bahasa asing agar ia tidak saling mempengaruhi dan memudahkan sesi pembelajarannya.

Dalam seminar itu, beliau turut memberikan contoh Britain di mana sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin telah berkembang daripada sebuah bahasa asing yang jarang diajarkan sehingga dinaiktarafkan sebagai Bahasa Asing Moden yang ditawarkan di kurikulum di kebanyakan sekolah kerajaan dan swasta di England.

Setentunya untuk memperkenalkan Bahasa Cina di sekolah-sekolah di Cyprus memerlukan bilangan guru-guru yang berkemahiran dan penguasaan dalam bahasa itu yang bertanggungjawab untuk mengajarkannya kepada para pelajar.

Wenying Yin turut memberikan pandangannya mengenai isu untuk memberikan latihan kepada guru untuk menguasai pembelajaran Bahasa Cina sebelum mengajarkannya kepada para pelajar berdasarkan daripada pengalaman yang beliau perolehi ketika mengajar di salah sebuah sekolah di Paris yang merupakan di bawah Kementerian Pendidikan Kebangsaan Perancis.

Beliau menegaskan bahawa ia adalah sesuatu yang agak mustahil untuk memberikan tanggungjawab kepada guru-guru yang baru mempelajari Bahasa Mandarin Cina untuk mengajarkannya kepada para pelajar memandangkan kemahiran yang dimiliki setentunya agak kurang di mana ada sebaiknya jika tugas tersebut diberikan kepada guru ekspatriat yang berasal dari China.

Selain itu, beliau turut menerangkan bahawa pengaruh bahasa ibunda setentunya menjadi cabaran utama kepada para pelajar untuk mempelajari Bahasa Cina dengan lebih baik sebagaimana yang pernah dialami oleh beliau ketika mengajar Bahasa China di Perancis.

Xinsheng Zhang, Profesor Bahasa Cina dan Pengarah di Pusat Bahasa Moden di Universiti Antarabangsa Amerika di London menjelaskan bahawa sesi pembelajaran Bahasa Cina dapat dilakukan secara lebih praktikal.

Beliau turut menjelaskan bahawa Bahasa Cina memang berbeza dengan Bahasa Inggeris di mana perbezaan pada kedua-dua bahasa itu jelas mencerminkan perspektif dan tanggapan ketika mengujarkannya dalam proses komunikasi.

Dalam perbincangan itu turut menjelaskan bahawa selain mempelajari Bahasa Cina itu sendiri para pelajar juga setentunya berpeluang untuk mengetahui mengenai ciri-ciri budaya yang merangkumi evolusi dari era sejarah kepada moden di mana perkembangan di negara itu berlangsung dengan cukup pesat sekali di mana ia juga memiliki nilai sejarah dan warisan budaya yang sangat menjadi kebanggaan kepada penduduk di negara tersebut.

Bagi Elena yang turut mengambil bahagian dalam seminar itu menjelaskan mengenai kepentingan pembelajaran Bahasa Cina kepada para pelajar di Cyprus yang rata-rata terdiri daripada golongan muda bukan sahaja boleh merebut peluang untuk mempelajari budaya negara itu malah turut berkesempatan untuk meletakkan cita-cita yang tinggi serta memiliki peluang yang lebih cerah dalam mengambil kira kepada faktor perkembangan kemajuan ekonomi China khususnya. – Xinhua