Bahrain rampas senjata, tangkap suspek

Bahrain rampas senjata, tangkap suspek

DUBAI, 1 Okt (AFP) – Pihak berkuasa di Bahrain mengatakan mereka telah menemui sejumlah besar senjata dan menangkap sebilangan orang yang disyaki berkaitan dengan Iran dan Iraq.

Satu kenyataan lewat Rabu yang disiarkan dalam laman web kementerian hal ehwal dalam negeri mengatakan senjata dan bahan letupan itu ditemui di sebuah rumah di bandar yang Syiah, Nuwaidrat, selatan bandar Manama.

Rampasan barangan tersebut termasuk satu tan setengah bahan letupan C4 dan alat letupan lain, serta raifal automatik, pistol, dan bom tangan, menurut kementerian.

Ia mengatakan beberapa suspek telah ditahan kerana dipercayai ‘berkaitan dengan Iran dan Iraq’.

Bahrain yang diperintah Ahli Sunah, yang mempunyai penduduk majoritinya Puak Syiah, pada Ogos telah menangkap lima orang yang disyaki ada kaitan dengan Iran berhubung pengeboman yang membunuh dua anggota polis di pulau negeri Teluk.

ARTIKEL YANG SAMA