Bahrain tangkap suspek serangan bom

Bahrain tangkap suspek serangan bom

MANAMA, 18 April (Xinhua) – Polis Bahrain berkata ia telah menahan beberapa suspek yang berkaitan dengan serangan bom terhadap pasukan peronda pada hari Sabtu, di mana seorang anggota polis terbunuh dan dua yang lain cedera.

“Setakat ini, kes itu telah membawa kepada penangkapan beberapa suspek,” menurut Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Shaikh Rashid bin Abdulla Al Khalifa, menteri dalaman, berkata pada hari Ahad dalam pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan bahawa “sesiapa yang menghasut dalam keganasan akan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang.”

Pada hari Sabtu, seorang anggota polis yang bertugas terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan di kampung Karbabad.

Sejak 2011, 17 anggota polis telah terkorban, Khalifa berkata, dan bersumpah untuk membawa semua yang terlibat dalam jenayah itu ke muka pengadilan.

“Serangan terkini pengganas di Karbabad adalah hasil daripada hasutan daripada kedua-dua pihak samaada dari dalam dan luar Bahrain,” katanya, dan menggesa kepada ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka dari hasutan dalam talian.

Beliau berkata anggota polis yang diberi kuasa secara sah untuk menggunakan kekerasan terhadap sesiapa yang membahayakan nyawa pegawai polis atau keselamatan negara.

ARTIKEL YANG SAMA