Baidu diketepikan, langgar peraturan

Baidu diketepikan, langgar peraturan

SAN FRANCISCO, 5 Jun (AFP) – Sebuah pasukan penyelidikan dari syarikat mesin pencari gergasi China, Baidu diminta supaya keluar daripada persaingan perisikan tiruan antarabangsa kerana mengelak peraturan.

Baidu, telah bercakap besar tentang mengatasi saingan seperti Google dan Microsoft dalam pertandingan Cabaran Pengecaman Visual Skala Besar ImageNet (ILSVCR) dalam bulan Mei lalu untuk memastikan teknologi perkomputeran siapa lebih baik pada mengecam dan mengkategorikan gambar-gambar.

Para penganjur pertandingan minggu ini telah menghantar mesej yang mengatakan sebuah pasukan Baidu telah melanggar peraturan dalam cara yang memberikannya kelebihan yang berpotensi ketara.

Dari 28 November tahun lalu hingga 13 Mei tahun ini, terdapat kira-kira 30 akaun digunakan oleh sebuah pasukan dari Baidu untuk dihantar kepada server ujian sekurang-kurangnya 200 kali “jauh mengatasi had tertentu iaitu dua penghantaran seminggu” menurut pihak penganjur pertandingan dalam mesej online kepada anggota masyarakat penyelidikan AI.

Menurut mesej itu “Ini termasuklah tempoh singkat penggunaan sangat tinggi, misalnya lebih 40 penghantaran lebih lima hari dari 15 Mac 2015 hingga 19 Mac 2015,”menurut mesej itu.

ARTIKEL YANG SAMA