Baidu rancang lancar bank online

Baidu rancang lancar bank online

SHANGHAI, 18 Nov (AFP) – Bar gelintar utama China Baidu merancang melancarkan sebuah bank online bersama kumpulan perkhidmatan kewangan Citic, kata kedua-dua syarikat itu hari ini, tatkala firma Internet itu berusaha bersaing dengan pesaing yang memasuki sektor perbankan.

Bank Baixin, satu usaha sama di antara Baidu dan Bank China Citic, akan menjadi pemberi pinjaman pertama di negara yang ditubuhkan oleh sebuah syarikat Internet dan bank tradisional, kata Baidu dalam kenyataan.

Bank Citic yang berpangkalan di Beijing, cawangan perbankan kumpulan Citic, akan menjadi pemegang saham majoriti, katanya dalam kenyataan kepada bursa saham Shanghai. Bank baru itu akan mempunyai dua billion yuan dalam modal berdaftar.

Kedua-dua syarikat tidak memberikan saiz saham Baidu dalam bank tersebut, yang masih memerlukan kelulusan daripada badan pengatur sebelum dibuka.

“Penubuhan Bank Baixin akan menandakan peristiwa penting untuk kewangan Internet di China,” kata ketua eksekutif Baidu Robin Li dalam penyata syarikat.

Baidu, sering digambarkan sebagai Google di China, menguasai bar gelintar di negara tetapi berusaha mempelbagaikan perniagaan tradisionalnya. Ia telahpun mempunyai platform bayaran online bergelar Baidu Wallet.

Syarikat e-dagangan Alibaba dan Tencent, operator aplikasi mesej popular WeChat, telah menewaskan Baidu dalam sektor perbankan dengan usaha sama mereka sendiri.

Alibaba memiliki 30 peratus daripada bank online, MYbank, menerusi unit Perkhidmatan Kewangan Ant. Bank tersebut dibuka pada Jun. Pada Januari, Tencent melancarkan sebuah bank online dipanggil WeBank, di mana ia memegang 30 peratus saham.

Bank Citic meningkat 4.57 peratus di Shanghai dan naik 0.79 peratus di Hong Kong, di mana ia juga disenaraikan, pada tengah hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA