Baiduri beri ganjaran kepada pelanggan

Baiduri beri ganjaran kepada pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Bank Baiduri, baru-baru ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang promosi Western Union ‘Brunei Fly Home 2015’ yang berlangsung di Pusat E-Perbankan Baiduri di Kiarong.

Menurut kenyataan Baiduri, promosi yang berlangsung dari 26 Jun hingga 31 Ogos 2015 itu memberikan peluang kepada pelanggan untuk memenangi tiket penerbangan ke Jakarta, Indonesia apabila membuat pengiriman wang semasa tempoh promosi.

“Di Bank Baiduri, kami mahu memberikan perkhidmatan baik dan cekap kepada pelanggan kami. Bagi promosi ini, kami menyasarkan para pelanggan asing sebagai sasaran utama dalam menggunakan perkhidmatan pengiriman wang di Brunei,” Timbalan Pengurus Am Bahagian Pengurusan Operasi dan Pembelbagaian dan Pembangunan Strategik, Andrew Young, dipetik sebagai berkata.

Para pemenang bersama hadiah masing-masing.
Para pemenang bersama hadiah masing-masing.

Menerusi perkhidmatan pengiriman wang Western Union, Bank Baiduri menyediakan platform bagi pergerakan wang pada masa nyata dengan menggunakan teknologi dan kadar pertukaran mata wang asing sekali gus memberi peluang kepada pelanggan asing di Brunei melaksanakan keperluan perbankan dan pemindahan wang mereka.

Baiduri dalam kenyataannya menekankan, keselamatan dan kemudahan sentiasa menjadi keutamaan mereka bagi pelanggan. Dengan saluran pembayaran bersepadu dalam rangkaian seluruh dunia yang selamat dan mudah, pelanggan boleh menjangkakan pemindahan wang yang lancar dengan sistem pengesanan yang boleh dipercayai.

Promosi ini membolehkan pelanggan untuk mencuba metode pembayaran mudah dengan Bank Baiduri dan Western Union sementara meneroka pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan perbankan pelanggan.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.baiduri.com atau menghubungi talian 2449666.

ARTIKEL YANG SAMA