Baiduri Capital dirasmi

Baiduri Capital dirasmi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Baiduri Capital Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Bank Baiduri kini membuka pintunya dengan menawarkan produk-produk pelaburan global dan perkhidmatan perdagangan sekuriti secara online yang pertama di pasaran Negara Brunei Darussalam, sekali gus membolehkan orang ramai melabur dalam pasaran saham antarabangsa melalui portal online yang inovatif.

Perasmian syarikat berkenaan yang terletak di Kampung Kiarong telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

Turut hadir ialah para pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan Baiduri Capital, pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta yang dijemput khas.

Dengan adanya Baiduri Capital ini, penduduk negara ini akan berpeluang untuk meneroka pelaburan di dalam Pasaran Saham Singapura (SGX), Hong Kong (HKEx) dan Bursa Malaysia dengan lebih mudah dan selamat.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi memukul gong sebagai tanda merasmikan Baiduri Capital sambil diperhatikan oleh Pierre Imhof dan para tetamu yang lain. – Gambar oleh Muiz Matdani
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi memukul gong sebagai tanda merasmikan Baiduri Capital sambil diperhatikan oleh Pierre Imhof dan para tetamu yang lain. – Gambar oleh Muiz Matdani
Menteri Pembangunan menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan oleh Pierre Imhof.
Menteri Pembangunan menandatangani plak perasmian sambil diperhatikan oleh Pierre Imhof.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi melihat paparan sebut harga semasa saham-saham yang didagangkan.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi melihat paparan sebut harga semasa saham-saham yang didagangkan.
Pierre Imhof menyampaikan ucapannya.
Pierre Imhof menyampaikan ucapannya.
Paparan skrin komputer di Baiduri Capital, menunjukkan pelbagai maklumat berkaitan saham untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan mereka.
Paparan skrin komputer di Baiduri Capital, menunjukkan pelbagai maklumat berkaitan saham untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan mereka.

Pengarah Baiduri Capital, Pierre Imhof, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa penubuhan Baiduri Capital ini adalah tepat pada masanya.

“Pertumbuhan di negara ini semakin pesat dan melihat kepada inilah peluang untuk menyediakan platform alternatif bagi deposit harta diambil sebaiknya,” ujarnya.

Menurut beliau, Baiduri Capital menerima banyak respons yang baik daripada golongan profesional muda yang giat dalam perdagangan sekuriti.

“Mereka ini sering mengesyorkan supaya Baiduri mengadakan bengkel pelaburan dan seminar bagi membantu mereka dalam perdagangan dan mengenal pasti pasaran,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap prospek masa depan industri kewangan negara ini dan berkata “kami Baiduri Capital ingin menjadi sebahagian daripadanya.”

Selepas menyempurnakan pelancaran, Yang Berhormat Pehin turut meninjau ke premis Baiduri Capital yang dilengkapi kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang saham selain meninjau galeri perdagangan untuk melihat sendiri portal perdagangan yang menunjukkan pergerakan harga saham-saham di SGX dan Bursa Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA