Baiduri Finance adakan latihan kecemasan

Baiduri Finance adakan latihan kecemasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Baiduri Finance, baru-baru ini, telah menjalankan latihan kecemasan penuh di ibu pejabatnya di Sumbangsih Bahagia, Beribi bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam kalangan kakitangannya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bank berkenaan di sini, latihan bermula seawal 9:35 pagi dengan bunyi penggera apabila kepulan asap dilihat keluar dari salah satu tingkap di tingkat satu bangunan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian mengerahkan pasukan dari Balai Bomba Beribi dan dalam masa beberapa minit, tiga jentera bomba dan anggota polis tiba di tempat kejadian.

Dalam latihan itu, tujuh ‘kecederaan’ dilaporkan dan dibawa ke khemah perubatan sementara bagi rawatan.

Pemindahan kecemasan ini merupakan latihan bersama di antara Baiduri Finance, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans (EMAS) Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Salah seorang ‘mangsa kecederaan’ dibawa ke khemah perubatan sementara.
Salah seorang ‘mangsa kecederaan’ dibawa ke khemah perubatan sementara.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergambar ramai bersama Marsyal Bomba daripada kalangan kakitangan Baiduri Finance.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergambar ramai bersama Marsyal Bomba daripada kalangan kakitangan Baiduri Finance.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan pelan-pelan strategik Kumpulan Bank Baiduri untuk meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dan prosedur keselamatan dalam kalangan kakitangannya.

Latihan ini bertujuan untuk memberikan pengalaman taktikal, pengetahuan dan latihan mencukupi bagi kakitangan serta memperkasa mereka untuk mengendali situasi yang mungkin berlaku semasa kecemasan dengan tenang.

Pengurus Besar Baiduri Finance, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib dipetik sebagai berkata, “Kami sangat mementingkan prosedur keselamatan dan sekuriti.

Ia merupakan antara objektif utama pertubuhan kami. Kita sekali-kali tidak boleh memandang ringan protokol-protokol ini.”

ARTIKEL YANG SAMA