Baiduri Masters kumpul dana $85,000

Baiduri Masters kumpul dana $85,000

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Kejohanan Golf Baiduri Masters ke-21 Tahun 2016 kali ini berjaya mengumpulkan dana sebanyak $85,000 yang disalurkan kepada lima badan kebajikan di negara ini.

Antara badan kebajikan yang menerima sumbangan hari ini ialah SMARTER Brunei, Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Developmental Paediatric Services, Pusat Pembelajaran Bertingkat dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian cek derma itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pierre Imhof dan diterima oleh para perwakilan dari badan-badan kebajikan yang terlibat dengan majlis penganugerahan hadiah kepada pemenang-pemenang Baiduri Masters ke-21 Tahun 2016.

Hadir ke majlis yang berlangsung di Kelab Golf Diraja Brunei di Berakas untuk menerima cek sumbangan bagi pihak masing-masing ialah Presiden Smarter Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman; Bendahari YASKA, Dayang Tsara’Nawwarah binti Abdullah Chen; Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan; Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman; Pegawai Perubatan Kanan, Dr. Saquib Jalees; Presiden Pusat pembelajaran Bertingkat, Dr. Sharina Yunus dan Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud bagi pihak JAPEM.

Gambar ramai penyerahan cek derma kepada lima badan kebajikan yang terlibat.
Gambar ramai penyerahan cek derma kepada lima badan kebajikan yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA