Baiduri Masters tawar ganjaran lumayan

Baiduri Masters tawar ganjaran lumayan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Kejohanan Golf Masters Baiduri kali ke-21 yang mula diperkenalkan pada tahun 1995 akan membuka tirainya esok di Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei (RB), Berakas dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi peserta yang bakal berentap pada kejohahan itu.

Lebih 200 pemain golf telah terlibat pada kejohanan pertama dan kini jumlah penyertaan tersebut semakin meningkat sehingga mencecah 1,100 penyertaan pada tahun 2013.

Sekitar tahun 1995-2005, kejohanan tersebut dikenali sebagai Kejohanan Golf Amal Baiduri dan sering diadakan di Kelab Golf Pantai Mentiri dan hanya menganjurkan dua kategori sahaja iaitu Jumlah Gross dan Nett.

Bermula pada tahun 2006, kejohanan tersebut dipindahkan ke Kelab Golf RB dan mula memperkenalkan beberapa kategori baru antaranya Kategori Junior dan sejak itu ia mula menerima banyak penyertaan.

Berikutan penyertaan yang semakin memberangsangkan, Jaket Hijau mula diperkenalkan dalam kejohanan berkenaan yang antaranya pernah disarungkan kepada pemenang seperti Wan Man Wan Hil (2009), Carlos Miguel Eleazar Ochoa (2011), Khairul Kamis (2012 dan 2013) dan Juara bertahan, Seruji Haji Setia (2010, 2014 dan 2015).

Gambar fail (Dari kiri) Ahmad Izzat dan Ahanapiah Haji Mohd Noor menerima hadiah kereta Porsche Panamera disampaikan oleh Albert Lau bersama Dr. Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah dan Pierre Imhof pada siri ke-20 Baiduri Masters tahun 2015.
Gambar fail (Dari kiri) Ahmad Izzat dan Ahanapiah Haji Mohd Noor menerima hadiah kereta Porsche Panamera disampaikan oleh Albert Lau bersama Dr. Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Fattaah dan Pierre Imhof pada siri ke-20 Baiduri Masters tahun 2015.

Pada tahun 2015, satu lagi sejarah baru tercipta apabila terdapatnya pemenang bagi hadiah “hole in One” yang menawarkan hadiah berupa wang tunai $20,000 dan dua pemenang kereta jenama Porshe Panamera.

Kejohanan kali ini pula akan menawarkan hadiah yang lebih lumayan seperti sejumlah wang tunai bernilai suku juta ringgit Brunei termasuk sebuah kereta Porsche Cayenne, BMW 218 Active Tourer, Mini Cooper dan 2 hadiah wang tunai BND20,000.

Baiduri Masters dibahagikan kepada empat kategori antaranya Lelaki, Berkumpulan, Perempuan dan Junior dan setiap kategori pula akan dibahagikan kepada dua jenis penilaian termasuk pukulan Gross dan Nett.

Kejohanan ini disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan disokong oleh Brunei Press Sdn Bhd selaku rakan media cetak.

ARTIKEL YANG SAMA