Baiduri rai TBC bersama pelanggan

Baiduri rai TBC bersama pelanggan

Oleh Anwar Rosly & Yusrin Junaidi

Gambar oleh Anwar Rosly & James Kon

 

BANDAR SERI BEGAWAN/KUALA BELAIT, 28 Feb – Kemeriahan Tahun Baru Cina masih lagi terasa walaupun sudah berakhir beberapa hari lalu dengan Kumpulan Bank Baiduri baru-baru ini telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan para pelanggannya yang terdiri daripada masyarakat Cina di dua tempat berasingan.

Kedua-dua sambutan yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre Imhof itu telah dihadiri oleh kira-kira 2,000 pelanggannya dari Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.

Pada majlis yang berlangsung di Pusat Insani, Seria baru-baru ini, seramai 500 pelanggan telah diraikan, sementara majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, telah mengundang seramai 1,500 yang turut dihadiri tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Pierre Imhof, pada kedua-dua majlis turut berkongsi mengenai perkembangan baik yang meningkat bagi Bank Baiduri sejak tahun lepas dan juga mengenai pencapaian yang diterima oleh bank tersebut.

Pierre Imhof bergambar ramai bersama pengetua dan wakil sekolah di Daerah Belait yang menerima sumbangan daripada Bank Baiduri.
Pierre Imhof bergambar ramai bersama pengetua dan wakil sekolah di Daerah Belait yang menerima sumbangan daripada Bank Baiduri.
Pierre Imhof bergambar ramai bersama para pengetua dan wakil sekolah bagi Daerah Brunei dan Muara.
Pierre Imhof bergambar ramai bersama para pengetua dan wakil sekolah bagi Daerah Brunei dan Muara.

pg08_160229_c

pg08_160229_b

Suasana sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di ibu negara.
Suasana sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di ibu negara.

“Pada tahun lepas kami menerima lima anugerah perbankan utama untuk ‘Domestic Retail Bank’ dan Inisiatif Perbankan Mudah Alih Terbaik untuk Brunei daripada Majalah Perbankan dan Kewangan Asia, kami juga menerima anugerah untuk ‘Best Banking Group for Brunei’ daripada World Finance, anugerah ‘Bank of the Year’ daripada The Banker Magazine serta ‘Brunei’s Safest Bank’ bagi tahun 2015 daripada Global Finance,” ujarnya.

Pierre Imhof menambah, bahawa beliau percaya pada masa depan industri kewangan di negara ini meskipun persekitarannya yang semakin mencabar, dengan baru-baru ini Bank Baiduri membeli tapak komersil yang sedia ada di ibu kota yang kini sedang dibangunkan semula untuk menempatkan ibu pejabat baru bagi syarikat perbankan tersebut dan menjangkanya siap pada 2017, dan Bank Baiduri juga dalam perancangan untuk menempatkan semula cawangan Serusop, Kiulap dan Tutong ke premis yang lebih besar.

Pada majlis makan malam itu, lima buah sekolah menerima sumbangan daripada Baiduri sebagai bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

pg08_160229_f

pg08_160229_g

Hadir menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pierre Imhof ialah para pengetua dan wakil Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait, Sekolah St John, Sekolah St Margaret, Sekolah Menengah Chung Ching dan Sekolah Convent St Angela.

Juga pada majlis itu, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai hiburan seperti cabutan bertuah, persembahan lagu dan tarian serta demonstrasi seni mempertahankan diri daripada pelajar-pelajar Expression Muzik serta pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Daerah Belait.

Sementara itu di ibu negara, empat buah sekolah turut menerima sumbangan daripada bank berkenaan sebagai meringankan beban para pelajar sekolah yang kurang bernasib baik.

Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah pengetua dan wakil dari Sekolah Menengah Chung Hwa BSB, Sekolah Chung Hwa Kiudang Tutong, Sekolah St Andrew dan Sekolah St George.

Majlis itu turut diserikan dengan beberapa hiburan seperti persembahan nyanyian daripada anak-anak watan, juga persembahan seni mempertahankan diri Wu Shu daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa BSB dan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA