Baiduri tawar sewa beli istimewa di CONFEX

Baiduri tawar sewa beli istimewa di CONFEX

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Bersempena dengan pelancaran majalah Motoring BN, Baiduri Finance akan menyertai Pameran Auto 2016 anjuran CONFEX yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 April ini di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, semasa pameran itu, Baiduri Finance akan menawarkan kadar Pembiayaan Sewa Beli istimewa pada empat peratus setahun bagi semua pelanggan yang membeli kereta daripada mana-mana penjual kereta pada pameran tersebut.

Petak pameran Baiduri Finance bernombor X1 terletak di depan pintu masuk utama Kompleks Yayasan dan akan beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang.

Motoring BN adalah majalah suku tahunan pertama Brunei yang memfokuskan kepada gaya hidup dengan trend-trend dan berita terkini mengenai kereta dan motosikal.

Ia merupakan penerbitan automobil terbesar di Brunei dengan jumlah cetakan terbesar.

Pameran Auto 2016 pula adalah pameran besar-besaran automobil, motosikal dan kereta sport yang terdapat di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA