Baiduri terus raih anugerah terbaik ke-10

Baiduri terus raih anugerah terbaik ke-10

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Bank Baiduri akan mengakhiri tahun ini dengan nada positif apabila menerima anugerah kelimanya pada tahun ini, iaitu Bank Terbaik Tahunan daripada majalah The Banker.

Ketua Pegawai Eksekutif Baiduri, Pierre Imhof menerima anugerah berkenaan pada majlis yang dianggap sebagai ‘Oscar Industri Perbankan’ di Hilton London Bankside, London, kelmarin.

Menurut kenyataan Baiduri, hari ini, selama 90 tahun, The Banker telah menjadi penerbitan majalah perbankan antarabangsa paling lama di dunia dan jurnal bulanan industri perbankan.

Ini merupakan kali ke-10 Bank Baiduri meneri-ma Bank Terbaik Tahunan bagi Brunei, yang mana pengiktirafan ini membuktikan pengurusan yang kukuh dan pendekatan risiko yang bijak oleh pihak bank berkenaan.

Bercakap selepas menerima anugerah itu, Pierre Imhof dipetik sebagai berkata; “Ia adalah satu perasaan yang menyeronokkan untuk mengakhiri tahun dengan pencapaian ini. Untuk ke-10 sejak 2002, kami berasa bangga kerana diberi anugerah Bank Terbaik Tahunan untuk Brunei.

Pierre Imhof ketika menerima anugerah berkenaan pada majlis yang diadakan di Hilton London Bankside, London.
Pierre Imhof ketika menerima anugerah berkenaan pada majlis yang diadakan di Hilton London Bankside, London.

“Pada setiap peristiwa penting yang dicatat oleh kami, terdapat tiga faktor umum iaitu pekerja, pelanggan dan rakan kami yang setia dan dengan sokongan dan kepercayaan mereka, kami mampu menjadi bank yang wujud hari ini,” tambahnya.

Majlis Penyampaian Anugerah The Banker dihadiri oleh wakil dari lebih 120 bank di seluruh dunia, yang mencerminkan kepentingan bank-bank yang memenangi ‘Anugerah Bank Terbaik Tahunan’ The Banker.

Menurut kenyataan itu lagi, Bank Baiduri juga menerima empat anugerah antarabangsa lain pada awal tahun ini iaitu ‘Bank Runcit Domestik Brunei 2015’ dan ‘Inisiatif Perbankan Mudah Brunei 2015’ daripada majalah Asian Banking and Finance, ‘Kumpulan Perbankan Terbaik 2015’ daripada majalah world finance and ‘Safest Bank in Brunei 2015’ daripada Global Finance.

Bank Baiduri, dalam kenyataannya, menyatakan perasaan bangga untuk menyo-kong dan dikaitkan dengan beberapa anugerah perbankan antarabangsa terkemuka.

ARTIKEL YANG SAMA