Baik pulih muzium giat dijalankan

Baik pulih muzium giat dijalankan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN,16 Mac – Kerja membaik pulih bangunan Muzium Brunei yang menelan belanja $3 juta kini sedang giat dilaksanakan, kata Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Menjawab soalan Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad pada sidang Permesyuaratan ke-12 Majlis Mesyuarat Negara hari ini, Yang Berhormat Pehin berkata, ia membabitkan pembaikan kerosakan akibat tanah susur, serangan anai-anai, kerosakan pendawaian elektrik, dan kerosakan pada penghawa dingin.

Katanya, pihak kementerian tidak berhasrat untuk membangun muzium yang baru memandang bangunan yang sedia ada masih mempunyai ciri-ciri warisan yang tersendiri. Meskipun sudah mencapai usia hampir 50 tahun, keadaannya yang tersergam itu perlu dikekalkan.

pg01_160317_MMN_Logo

Walaupun demikian, bangunan berkenaan mengalami perubahan, dimana beberapa galeri telah dipindah dan struktur pembinaan telah giat dijalankan. Muzium Brunei telah ditutup sejak 28 Januari lalu bagi kerja-kerja pembaikan.

Sementara sewaktu penutupan ini, bahan-bahan pameran telah pun dipindah ke tempat-tempat lain dan sebahagian ditempatkan di Muzium Teknologi Melayu, Muzium Maritim, Taman Warisan Tasik Merimbun dan Muzium Kuala Beliat yang akan dibuka pada bulan Julai tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA