Bajet 2016 dijangka pacu ekonomi domestik

Bajet 2016 dijangka pacu ekonomi domestik

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) – RHB Research Institute menjangka Bajet 2016 akan lebih tinggi berbanding sebelumnya dan menyokong ekonomi domestik kerana akan menjadi yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Kerajaan sedang meninjau untuk mengurangkan defisit bajet kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2016, yang kita harap dapat dicapai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RHB Research juga mengunjur perbelanjaan lebih tinggi sedikit pada 2016 yang digambarkan dalam perbelanjaan pembangunan kasar kerana negara memasuki tahun pertama RMK11 di mana kerajaan telah mencadangkan untuk membelanjakan RM260 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, RHB Research menjangka peruntukan yang lebih kecil dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun kedua berturut-turut dalam Bajet 2016 kerana kerajaan telah meningkatkan usaha mengawal peningkatan perbelanjaan awam. Sejajar dengan RMK11 yang memberi tumpuan kepada rakyat, firma penyelidikan itu berkata, Bajet 2016 juga akan lebih fokus kepada pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan.

ARTIKEL YANG SAMA